Friday 29 May 2015

si manis shafika

     
 NUR SHAFIKA BINTI ABDUL RAZAK (MAWAR PERINDU)


bismillah..
nama entry pon dah x boleh blah kan..dah sah-sah entry ni pon agak x boleh blah jugak lah..tp entry ni under nama saya..so saya boleh la sesuka hati tulis apa yang saya rasa nk tulis hehe

MAFATIHUL MAHABBAH.. kemain sedap lagi first dengar perkataan ni..makin syok bila dapat tahu perkataan ni bakal jadi nama pogram jalinan masyarakat kami.yayy!!!. malas lah nak cerita panjang-panjang ala-ala diari bagai bkenaan perjalanan pogram ni..sebab semua nya dah diceritakan oleh admin mereng blog ni dalam entry-entry sebelum ni kan..

so kali ni just nak crita pasal apa yang saya dapat lepas join pogram yang super osem ni.. pengalaman pahit manis masam masin x cukup gula x cukup perasa semua adalah.. dari yang bestt sampai lah yang ke paling best semua cukup lengkap..

kita ke zon serius sikit..saya akan crita kan apa yang saya belajar dari adik-adik kecil ini.. adik-adik yang pada mata saya penuh dengan kecintaan dan kasih sayang.alhamdulillah diberi kesempatan buat saya kenal mereka..

saya nukilkan buat mereka coretan ringkas ini...

dari mula sampai sewaktu sesi pendaftaran lagi mereka dah ajar saya erti sebuah penghargaan.. ke meja pendaftaran dengan penuh semangat.berlari-lari ke dewan untuk cepat-cepat mendaftar..nampak betapa x sabarnya mereka nak tahu apa yang kami akan kongsikan buat mereka..melihat semangat itulah rasanya segala penat lelah kami bagi menjayakan pogram ini terus hilang..penghargaan kecil itu saya rasa amat bermakna buat kami terus bersemangat sepanjang pogram ini..terima kasih adik-adik

"siapa-siapa sukarela nak jadi penghulu dan penghuluwati sila ke depan"
pertama kali saya lihat seramai ni yang keluar..ramai lagi sebenarnya yang ingin keluar tetapi di hadkan bilangan kerana terlalu ramai.. kagumnya saya dengan adik-adik ni. sekali lagi mereka ajar saya untuk yakin pada diri sendiri..berani kedepan..kita semua hebat dan kita semua mampu buat...terima kasih adik-adik

malamnya sekali lagi saya belajar sesuatu dari mereka..slot dimana diceritakan kehebatan sultan muhammad Al-Fateh..seusai video ditayangkan diajukan beberapa soalan buat adik-adik ini..sesiapa yang ingin menjawab diminta angkat tangan..soalan pertama diajukan dan terlalu ramai yang mengangkat tangan.malah masing-masing berebut untuk menjawab..saya agak hairan dan terdetik dihati saya..hebatnya adik-adik ni kerana tahu jawapannya sedang saya sendiri tidak tahu kerana pada saya agk sukar soalan yang diajukan...salah seorang dari mereka diminta naik ke atas pentas dan menjawab soalan tersebut."siapakah nama guru sultan muhammad al-fateh?". Dgn tenang dia menjwb hadis riwayat ahmad *(syed)* ya saya hampir ketawa apabila diceritakan jawapannya.. sebenarnyaa tiada seorang pon yang tahu jawapan yang betul..tapi saya hargai respon baik dari mereka..walaupun x tahu jawapan yang betul tapi mereka tetap mahu mencuba..saya cuba bayangkan kalau tiada seorang pun yang mengangkat tangan pada ketika itu untuk menjawab soalan..pasti hambar slot pada malam itu.. sekali lagi terima kasih adik-adik

      

pagi esoknya saya belajar lagi sesuatu dari mereka.. malam sebelumnya masing-masing diberitahu esoknya akan diadakan qiamulail..adik-adik lelaki mengambil inisiatif tidur bersama abang-abang fesi disurau pada malam itu..bimbang agaknya x mampu bangun sekiranya tidur di bilik... seawal 4 pagi semua kelihatan sudah bersedia dengan pakaian solat masing-masing. x da seorang pon yang mengeluh atau mengadu mengantuk pada kami.mereka tetap bersemangat walaupun saya lihat ada yang masih tersengguk-sengguk kerana mengantuk..begitu juga pada sesi kuliah subuh yang disampaikan oleh salah seorang abang fesi. hampir kesemua memberi perhatian dan menunjukkan minat terhadap apa yang disampaikan walaupun ahli kami itu bukanlah berpengalaman langsung dalam memberikan kuliah subuh.. sungguh saya hargai apa yang adik-adik ni tunjukkan..terima kasih adik-adik

 apa sahaja yang diarahkan x pernah dibantah.. semua aktiviti mereka semangat walaupun kebanyakkan aktiviti mereka dah pernah tahu bagaimana rupanya..setiap aktiviti merekalah yang awal tiba.sentiasa berkasut..kalau lah dikatakan mereka sememangnya diajar begitu disini..saya salute mereka kerana mengikut peraturan dan berdisiplin..bandingkan diri saya dengan mereka..ya..saya rasa agak kekurangan disitu.. terima kasih sekali lagi adik-adik

 adik-adik ni x minta lebih..cukup kita beri sedikit masa kita luang bersama mereka..dengar apa yang mereka ingin cerita.. sehingga ke hari terakhir sebelum pulang masih ada diantara mereka yang susah untuk lepaskan kami pulang..banyak lagi yang mereka ingin kami kongsikan buat mereka..sayangnyaa waktu begitu singkat..x sempat pun saya nak selami hati mereka..apa yang mereka rasa..saya juga kesal kerana waktu saya bersama mereka sangat terhad kerana sepanjang pogram saya ditugaskan untuk menyelesaikan kerja lain..sesungguhnya mereka dahagakan perhatian..mereka dahagakan kasih sayang.. "kita bertanya kenapa x pernah ada yang bahagiakan kita? sedangkan untuk bahagia sebenarnya kita perlu membahagiakan orang lain"

inshallah jika diberi kesempatan lagi ingin sekali saya datang semula berjumpa mereka..rindu saya dengan wajah-wajah suci yang penuh ceria ini.. terima kasih untuk pengalaman berharga ini..terima kasih adik-adik

buat pensyarah yang sentiasa bersama kami dari mula berpogram hinggalah keakhirnya..Dr fadhilah..terima kasih..
buat Dr.Suhaili yang sama-sama turun memberi sokongan juga terima kasih saya ucapkan

dan buat sahabat seperjuangan saya..terima kasih banyak ajar saya untuk bekerja bersama-sama..banyak betulkan kekurangan saya.. terima kasih juga untuk kenangan indah ini..moga kita dapat terus bersama-sama lagi selepas ini dalam perjuangan ke puncak gading..semoga ikatan ukhuwwah ini tidak terputus begitu sahaJa.. semoga KASIH SAYANG INI TERUS DIJALIN DAN UKHUWWAH INI KEKAL TERPATRI..

sekian saja coretan ringkas dari saya.. si mawar perindu~


6 comments:

Unknown said...

Epic lol

pykah razak said...

sibuk je kau nak berwinter disini

Unknown said...

gempak wehh

Anonymous said...

budak laki pakai baju putih tu semua soalan dia nak jawab. Betul tak betul dia bukan kira pon.

pykah razak said...

hahaha betul tu..tp sronok tgok..kagum seh

pykah razak said...

adulll punya lgi gempak kot pasni..cepat tulis dul..aq nk bca

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik