Friday 27 March 2015

PERJUMPAAN KE-4 (24 Mac 2015)

bismillah

bertemu lagi kita.. kali ni meeting lagi..lepas ni pon akan ada meeting lagi..admin pon terpaksa lah update semua-semua ni..kalau x..macam x function pulak admin kan.. u guys kena baca sampai habis lah..hargai sikit penat lelah admin menaip..hahaha


TARIKH: 24 Mac 2015
MASA: 11 a.m
TEMPAT: Akademi Pengajian Islam, UM

Biro program membentangkan sedikit berkenaan modul yang hampir siap. Modul tidak dapat dibentang sepenuhnya kerana kesukaran menentukan lokasi. Selain itu, biro protokol akan menguruskan perihal tag nama fasilitator. Dua orang kem komandan lelaki dan perempuan dilantik dalam perjumpaan ini iaitu saudara Izzat Fahmie dan Zawani. Mereka akan memastikan flow atau perjalanan sepanjang program di lokasi tersebut berjalan lancar.


 In Our Meeting ~ JSPian 



Penerangan dari wakil biro protokol, Zahid Al-Khair aka Abambambam


F.O.C.U.S


U.P.D.A.T.E 
Biro Pengangkutan dan Tempat
Adik Adul-Sunquick
"kita sewa van jenazah jelah ye"



Perlantikan kemkom
diana : weyh..pakat undi kak trou blakee..
kak so : kak so stuju jahh..
trou : jangan lah macam nih... iiisshh... ishhh


 
Tengok sini semuaaa...Cheeseeeee :D



selamat lah ye semua..selamat menjalankan tugas..semoga berjaya..buat kerja elok elok.
.perghh mcm x percaya plak admin bagi nasihat camni..ok la uols dah lewat..admin nak tidur ni.. jangan bosan ikuti entri admin ye.. selamat malam...

Thursday 26 March 2015

PERJUMPAAN KE-3 (12 Mac 2015 )

bismillah..

ok kali ni admin nk crita sikit pasal meeting..yelah kalau nk berpogram ni bukan senang..kena banyak meeting..kena selaraskan apa yang patut..admin update entri ni malam2..so kalau ada typo sikit2 tu u guys halalkan jelah ye..
mcm biasa ayat skema sikit bawah ni..selamat membaca


TARIKH: 12 Mac 2015
MASA: 5.30 pm
TEMPAT: Akademi Pengajian Islam, UM

Perjumpaan lanjutan ini membincangkan berkenaan beberapa isu berbangkit yang belum selesai. Antaranya masalah penginapan dan pengangkutan, serta yang utama berkenaan lokasi program. Lajnah juga sepakat untuk mengeluarkan surat sumbangan bagi edaran semua ahli pada cuti pertengahan semester akan datang.

Setiap biro menerangkan berkenaan perkembangan gerak kerja masing-masing. Program mungkin akan diadakan sebanyak dua sesi iaitu pada akhir April dan awal Mei. Hal ini masih dalam proses perangkaan.


Inilah yang dinamakan taiko mengancam. Auuchh  =__="


F.O.C.U.S....lahh sangattt.

 Wani : " hm...lamanya talk nih.. agak-agak bila nak habis ye?..."
Aiza : " hm...byk nye bebel.."


<<Hazihi Munaqoshah Bil Jamaah>>



Trou : " Fokus Wani. Fokus.buat2 catat wani..x dela mcm x function sangat kita ni "

itu jala untuk hari ni..gambar selfie admin x ambil ye sebab masa ni admin nak semua serius sikit bincang hal-hal penting kan..gamba selfie admin je ade..so kalau nak pm je dekat komen.inshallah kalau admin perasan admin balas...hahaha
ok guys happy reading doakan pogram kami ye.... 

LAWATAN LAPANGAN 1

بسم الله الرحمن الرحيم 

road to pogram guysssss!!!! kali ni kami menghantar beberapa orang crew kami untuk ke tempat pogram untuk survey mana yang patot..untuk tgok jalan sekali lah..takot hari kejadian nanti sesat pulak kan..ok stop merapu..bawah ni ayat skema sikit lah..layannnn


Pada 6 Mac 2015 beberapa orang ahli lajnah JSP telah turun padang bagi meninjau lokasi program yang dicadangkan. Antara lokasi yang disasarkan ialah rumah anak-anak yatim sekitar Kuala Lumpur. Pada sesi tersebut kami berkesempatan singgah dan mendapatkan maklumat daripada Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang terletak di Cheras.

.


Puden : " Adul...Marilah ambik gambo samo "

Adul : "Aipp..jangey ganggu aku nok baco nihh"






Dari kiri : Zahid, Nazmin, Adul dan Puden




 Semester 2 bakal tamat,
Ini kawasan In Shaa Allah selamat..
^_^


begitulah ceritanya.. admin x ikut masa ni..admin dilarang ikut sebab admin ni nakal sikit..takot hilang pulak kalau bawak..lagipun admin comell takut pulak kene culik..ehhhh
ok la u guys..admin mintak diri maaf ye entri kali ni x de gamba admin... hahahah baiiii

Wednesday 25 March 2015

PERJUMPAAN KE-2 ( 4 Mac 2015 )

بسم الله الرحمن الرحيم 
hahh admin pagi2 dah bangun siap2 pakai wangi2..bukan nk g akad nikah k ape just nak g meeting je..tapi admin punya semngat harini lain mcm sikit..semalam baru lepas buang saka tu yang rasa btenaga sikit hari ni..meeting kali ni apa pula yang yang dibincangkan??? jom sama2 tgok...


TARIKH : 4 Mac 2015
MASA    :10 a.m
TEMPAT:Bilik Seminar 32

Perjumpaan kali ke 2 diadakan bagi proses disertasi kertas kerja projek (KKP). KKP ini merupakan draf pertama yang diterbitkan dan didapati masih banyak lagi aspek yang lompong dan perlu dibaiki. Perjumpaan kali ini diselia oleh penyelaras kami iaitu Dr. Fadillah Binti Mansor. Dr. turut memberi sedikit taklimat berkenaan panduan pelaksanaan dan sistem pemarkahan kursus. Dr. juga akan menilai kembali KKP yang telah disediakan.


Seterusnya, setiap biro diwakili ketua atau ahli membentangkan cadangan tugas masing-masing kepada penyelaras. Penyelaras memberi cadangan dan beberapa penambahbaikan bagi skop kerjasetiap biro. Beberapa pindaan perlu dibuat dan dikemaskini. Draf pertama KKP mempunyai kekurangan dan kesalahan tertentu. Ia perlu diubahsuai menjadi lebih baik.


Perjumpaan bersama penyelaras tamat pada jam 11.30 pagi. Namun begitu setiap ahli membuat perjumpaan semula dibawah biro masing-masing bagi membincangkan penambahbaikan yang perlu dibuat dan akan dibentangkan semula pada perjumpaan akan datang.


Terima kasih pada semua ahli yang memberi kerjasama.. selamat bekerja :)




 Saat di mana menunggu ketibaan Dr.Fadillah.. snap skaliiii ^__^
 


Pengarah kami sado baq hangg >___<



Uuu...jejaka jsp khusyuk mendengar.. lai lai.. :P 



Syami : " oiitt..pandang kamera pikaa..dah lenguh aku diri nih"
Syafika : "aq x pndg kamera pon cantik.. :P " 


ayat ayat kat atas tu skema sikit..admin lain yang tulis..selalu kalau ayt mereng tu admin sorang je..yang skema tu admin yang solehah-solehah yang tulis..admin ni kurang sikit solehahnya tapi tetap manis menawan lah..haaa gituuuu... ok la jumpa lagi ye..admin nak g makan pulak..mengadap blog ni x kenyang pon hahaha baiiii

Tuesday 24 March 2015

PERJUMPAAN 1 (2 MAC 2015)

بسم الله الرحمن الرحيم 

TARIKH: 2 Mac 2015
MASA: 8.30 PM
TEMPAT: Akademi Pengajian Islam, UM
  
Alhamdulillah liqa' (perjumpaan) buat kali pertama bersama tenaga penggerak JSP berjaya diadakan. Perjumpaan ini dimulakan dengan ucapan alu aluan oleh pengerusi dan lanjut kepada agenda utama perjumpaan iaitu lantikan AJK bagi program jalinan masyarakat yang bakal diadakan nanti.

berikut merupakan senarai ahli jawatankuasa pelaksana bagi setiap biro:

Penyelaras 
 Dr. Fadillah Binti Mansor

Pengarah 
Muhamad Syazwan Bin Salehudin

Timbalan Pengarah 1
Nurul Atira Binti Hamdani

Timbalan Pengarah 2
Siti Najihah Binti Noory

Setiausaha 
Noraizatul Anisa Binti Razali

Bendahari
Syahmi Syahirah Binti Mohd Sahit

Ketua biro pengisian dan modul
Ahmad Rusydi Bin Rimli
Sharifah Nur Solehah Binti Syed Mohdi

Ketua biro pengangkutan dan tempat  
Ahmad Mustaqim Bin Ahmad Rosli
Zawani Binti Zamri

Ketua biro protokol
Muhammad Zahidulkhair Bin Abu Bakar 
Ainatul Mardhiah Binti Roslan

Ketua biro teknikal,cenderahati dan peralatan
Kamarul Akmal Bin Ariffin 
Nur Emilia Diana Binti Zainuddin

Ketua biro makanan dan kebajikan 
Ahmad Saiful Bin Mazlan 
Nurul Syazwani Binti Muhamad Saifudin

Ketua biro dana dan tajaan 
Abdul Razak Bin Dali
Mohammad Iezzat Fahmie Bin Mohammad Jafni

Selepas berakhir sesi pelantikan, setiap biro diterangkan mengenai skop tugas masing-masing. AJK membincangkan secara kasar mengenai lokasi projek, kumpulan sasaran dan tema. Setiausaha dikehendaki menyediakan satu kertas kerja projek sebagai draf pertama untuk dibentangkan kepada penyelaras pada perjumpaan seterusnya. Perjumpaan tersebut tamat pada jam 10.15 malam.

Terima kasih diucapkan buat semua yang hadir. Semoga setiap ahli dapat menjalankan amanah dengan sebaiknya..


JSPian B.E.R.S.A.T.U.

TAKLIMAT KURSUS JM

بسم الله الرحمن الرحيم 

TARIKH  : 27 Februari 2015
MASA      : 10 a.m
TEMPAT : Dewan Kuliah Utama, APIUM

Alhamdulillah taklimat mengenai kursus Jalinan Masyarakat telah diadakan bagi memberi penerangan lebih lanjut kepada para pelajar yang mengambil kursus tersebut pada semester ini. Taklimat ini disampaikan oleh Dr.Muhammad Bin Yusof. Beliau menerangkan secara terperinci mengenai skop dan sistem pemarkahan bagi kursus ini.


Sesi tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar. Ramai yang bertanyakan soalan dan telah kesemuanya dijawab dengan jelas oleh instruktor. Pelajar juga ditayangkan dengan slaid panduan bagi melaksanakan kursus ini. Setiap kumpulan / jabatan akan diselia oleh seorang pensyarah pembimbing.Segala permasalahan sepanjang perlaksanaan kursus ini hendaklah dirujuk kepada penyelaras masing-masing.Penyelaras bagi kumpulan JSP ialah pensyarah jabatan kami sendiri iaitu Dr. Fadilah Binti Mansor. Semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. InshaAllah. 

~JSP TETAP BERSATU~

                                      

Saturday 7 March 2015

PENGENALAN

احيكم بتحية اسلام تحية طيبة
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Di bawah pro-forma kursus Jalinan Masyarakat kelolaan SKET (Seksyen Ko-Kurikulum dan TITAS) Universiti Malaya, satu program berbentuk sumbangan komuniti akan dijalankan bagi memenuhi jam kredit pelajar dalam kursus. Program ini akan dirancang dan dijalankan sendiri oleh para pelajar dalam usaha melahirkan mahasiswa yang berkebolehan dan peka terhadap masyarakat.

Dalam usaha memenuhi objektif tersebut, Jabatan Syariah & Pengurusan (JSP), Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dengan tenaga penggerak seramai 28 orang pelajar tahun satu merancang untuk mengadakan sebuah program mesra anak yatim; Mafatihul Mahabbah (Pembukaan Cinta) atau akronimnya MAMA 2015. Idea ini tercetus atas kesedaran bahawa anak-anak yatim juga adalah satu bahagian daripada sebuah masyarakat. Mereka mempunyai hak untuk mendapat kasih sayang, penghormatan, pengiktirafan serta pendidikan yang sempurna seperti anak-anak yang masih punya ibu bapa. Mereka juga merupakan tunjang yang akan menggerakkan negara pada masa akan datang. 

JSP berharap program ini dapat mencapai penanda aras yang ditetapkan dalam modul dan kertas kerja, disamping membantu mengasah kemahiran pelajar dalam merencana sesebuah aktiviti selaras dengan kebitaraan JSP iaitu pengurusan. Membawakan tema Kasih Sayang Terjalin, Ukhuwah Terpatri, siswa siswi JSP akan berusaha untuk melaksanakan program yang bermanfaat kepada semua pihak.

Blog ini diterbitkan sebagai satu wacana dan platform perhubungan kepada umum tentang perangkaan dan perkembangan semasa MAMA 2015. Kami dari pihak JSP amat mengalu-alukan sebarang pandangan atau perkongsian pembaca terhadap program yang bakal dijalankan. 

Terima Kasih Atas Perhatian.















 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik