Sunday 31 May 2015

JSP Taught Me To Never Lose Hope



AHMAD SAIFUDDIN CHE ABDULLAH [BIRO DANA DAN SUMBANGAN]

Ni ambo {saya} (kanan) dengan Boss Dana & Sumbangan yang bergaya kat sebelah tu


Assalamualaikum...


Ambo tok tau nk tulih panje panje supo ore lain. Ni jah la hok setakat buleh. Ambo raso gembira sebab program Jalinan Masyarakat ni berjalan dengan jayanyo. Alhamdulillah. Segalo kijo hok saing saing buat memey ambo tabik dan hargai. Terimo kasih kepado penasihat subjek Jalinan Masyarakat , Dr, Fadhilah dan jugok Ketua Jabate, Dr Suhaili. Tok lupo jugok ko big boss kami Syazwan (Wan Leh). Mafatihul Mahabbah namo program diberi. 


Di Darul Kifayah, semo budok-budok situ aktif aktif belako. Sumonya ceria ceria dan sambut kami dengan baik. Bak kato ore kelate kemah keming llako. Jadi fasilitator nga Nik Aqiel memey jjadi ore kato. Ni lah pengalame hok berguna pado ambo jadi fasi. Timo kasih la bbanyok ko saing-saing nga pensyarah llako, tok lupo Boss Biro Dana, Abdul Razak b. Dali. Memey tip top terbaik- Razak My Boss My Hero! Harap harap ni akey gguno ko diri ambo dan saing saing.



TRANSLATE :
Saya tak reti sangat tulis panjang lebar macam yang lain. Ini sajalah yang mampu. Saya rasa gembira kerana program Jalinan Masyarakat  telah berjalan dengan jayanya. Alhamdulillah. Setiap kerja yang kawan-kawan lakukan saya amat hormati dan hargai. Terima kasih kepada penasihat subjek Jalinan Masyarakat , Dr, Fadhilah dan juga Ketua Jabatan Dr Suhaili. Tak lupa juga kepada Big Boss kami Syazwan (Wan Leh). Mafatihul Mahabbah nama program diberi.


Di Darul Kifayah, semua pelajar di sana aktif aktif belaka. Semuanya ceria dan sambut kami semua dengan baik. Bak kata orang Kelantan kemah keming belaka. Menjadi fasilitator bersama Nik Aqiel memang sempurna bak kata orang. Inilah pengalaman yang berguna pada saya sebagai fasi. Bebanyak terima kasih sekali lagi kepada kawan-kawan dan juga pensyarah sekalian, tak lupa juga kepada Boss Biro Dana, Abdul Razak b .Dali. Razak memang tip top terbaik- Razak My Boss My Hero!  Harapannya agar segala pengalaman ini akan berguna kepada diri saya dan kawan kawan sekalian.



Selamat jalan...إلى اللقاء

5 comments:

minho meh said...

gambar gerak gerak tu lawak haha

Unknown said...

nice

Unknown said...

pandai doh nulis tu.. terbaikk eh.. haha

pykah razak said...

wahhh terbaikk n thanks for the translation hehe

Unknown said...

lost*

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik