Saturday 30 May 2015

Secangkir Kenangan

SITI NAJIHAH BINTI NOORY (NUR QAZRINA)

بسم الله الرحمن الرحيم

"Hidup ini macam kopi karamel. Ada pahit, ada manis. Tapi saya suka!"

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Ilmu lebih utama daripada harta. Sebab ilmu warisan para nabi adapun harta adalah warisan Qorun, Firaun dan lainnya. Ilmu lebih utama dari harta kerana ilmu itu menjaga kamu, berlainan pula dengan harta kerana kamulah yang menjaganya.(Ali bin Abi Thalib)

          Alhamdulillah masih diberi kesempatan dan dipanjangkan umur untuk bernafas sehingga ke hari ini. Mengenali sahabat-sahabat dalam Jabatan Syariah & Pengurusan adalah takdirNya. Sedar tak sedar, sudah 2 semester kami bersama. Pada kali ini kami ditugaskan untuk menjalankan satu program bersama dibawah subjek Jalinan Masyarakat.

"Inilah dia JSPians!"
Pohon kurma berbunga lebat,
Bunga dibawa di atas basikal,
Beringatlah kita wahai sahabat,
Hidup di dunia tiada yang kekal.

Wahai sahabat.. Tanpa kalian siapalah saya. Terima kasih untuk kenangan indah ini. Terima Kasih juga buat penasihat subjek Jalinan Masyarakat kami, Dr.Fadillah serta Ketua Jabatan, Dr.Suhaili dan semua pensyarah-pensyarah yang turut membantu dan memberi tunjuk ajar, tanpa kalian siapalah kami..

‘‘Ini adalah adik-adik Darul Kifayah yang dibawah tanggungjawabku’’

‘‘Hai..kami group Sumayyah. Kami Cuma nak pesan supaya cikgu-cikgu semua belajar bersungguh-sungguh kt UM nanti. Cikgu jangan lupa kami semua tau. Kami sayang cikgu... ‘‘Ya Allah,, bantulah hati cikgu kami ini memahami, menghayati, mensyukuri dan merasai keindahan takdirMu. Jadikanlah mereka hamba yang sebenar-benarnya hamba.’’

Tanpa sedar kami berbual agak lama. Dalam perbualan yang lama itu dapat kurasakan pilunya hati seorang saudaraku yang kuanggap sebagai adikku sendiri menerima dugaan sedemikian. Walaupun dia berusaha kuat menyembunyikannya namun ucapan kata yang terputus-putus membuatkan aku turut sebak walaupun dirinya sebenarnya kuat. Bersabarlah saudaraku.

Tatkala itu dalam sendumu yang berbaki, dengan mata merahmu yang membengkak, aku menekuni bicaramu penuh simpati. Gembiranya engkau ku terkesan merasa gembiranya inikan pula sakitnya engkau turut membuatku rasa sakit. Engkau bercerita pada Tuhanmu dihadapan mushaf agung penuh dengan esakan lemahnya seorang hamba pada Pencipta. Sedangkan aku merasa kasihan inikan pula Dia yang Maha Pengasih. 

Hinggalah satu saat, aku kisahkan padamu satu berita. Berita gembira kerana sebenarnya engkau kuat. Kuat untuk menghadapinya. Kesusahan dan kepayahan ini bukan tiada nilainya. Tuan mana yang tidak sayang pada ciptaannya? Tuhan mana yang tak sayangkan hambaNya. Namun kerana kasih dan sayangNya melebihi segala sesuatu Dia menyentuh engkau. Sabarlah saat diuji. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Sedangkan mereka yang terdahulu merindukan teguranNya.

Kesedihan itu hanya akan memadamkan api kekuatan, membunuh roh semangat dan membekukan jiwa. Sedangkan pemberi musibah itu memberikan wangian surga namun kita menafikannya. Betapa sayunya Allah saat diberikan bauan surga kita rabun mengatakan itu hanyalah khayalan. Bangkitlah menerima saudaraku.

Adikku, engkau perlu kuat. Jangan bersedih, selalulah mengingati Allah SWT. Setiap yang terjadi mungkin sangat baru bagi kita. Tetapi yakinlah inilah kehidupan. Nasihatku penuh kesyahduan.


Akhir kata, buat sahabat2 sekalian.. ‘‘ Aku gadis biasa.. yang tidak punya apa2.. masih bertatih mencari redha.. masih mentafsir mencari bahagia..tidak bergaya, tidak mesra kadangkala tidak peduli apa kata orang padaku, hidup bukan untuk buat orang suka kerana redha Allah bukan pada redhanya manusia.. jika Aku leka , tegurlah.. jika Aku lupa , ingatkanlah.. kerana Aku hanyalah gadis biasa.. tidak mungkin sempurna..’’

SEKIAN SAHAJA DARI SAYA..

Friendship is something that creates equality and mutuality, not a reward for finding equality or a way of intensifying existing mutuality.


WASSALAM J

2 comments:

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik