Saturday 30 May 2015

Coretan al-fakir SNSSM

Coretan al-fakir Sharifah Nur Solehah Syed Mohdi (SNSSM)

MAFATIHUL MAHABBAH 2015  
“Jalinan Kasih Sayang Adik-adik Darul Kifayah dan sahabat JSP UM”

Bismillah Wal Alhamdulillah..

Saat pertama kali menjejakkan kaki ke Darul Kifayah untuk survey, hati ini berbicara “subhanaAllah hebat tempat ni”, suasana yang tenang dan mungkin kerana penghuni-penghuninya sentiasa dekat dengan Pencipta membuatkan biah Darul Kifayah ini sentiasa terjaga dan terpelihara.  Tempatnya yang besar dan gah menyebabkan diri ini rasa gelisah dan takut kerana memegang taklifat divisi pengisian bukanlah suatu tugas yang mudah.. Namun berbekalkan prinsip BERSAMA ALLAH TIADA JALAN BUNTU dan sedikit kekuatan yang ada pada diri, ku yakin tiada yang mustahil bagi setiap hamba.

Alhamduillah program  dapat dijalankan dengan jayanya.. Terima kasih Allah kerana memberi peluang kepadaku mengenali adik-adik Darul Kifayah yang semuanya hebat-hebat. Adik-Adik yang ku yakin bakal memimpin dunia suatu masa nanti. Adik-adik yang bakal menempah kejayaan yang gemilang pada masa hadapan. Mereka sentiasa mengukir senyuman walaupun ku yakin disebalik senyuman itu ada derita yang xbisa dilafazkan. Pada umur yang sangat muda mereka terpaksa berjauhan dengan ibubapa dan ada diantara mereka bergelar yatim piatu. Namun sepanjang 3 hari berprogram bersama, tiada satu pun ungkapan keluhan yang dipamerkan. Mereka adalah anugerah Allah yang sangat luar biasa. Terima kasih adik-adik sayang, moga kita bisa bertemu lagi tidak di dunia inshaAllah di syurga. Amin..



Nukilan buat sahabat-sahabat jspians..


DALAM DEKAPAN UKHUWWAH..
KITA MERASAKAN KEHANGATAN SAHABAT

“DIA TAHU KELEMAHAN KITA “- Kata William Arthur Wart,
TETAPI MENUNJUKKAN KEKUATAN KITA,

DIA MERASAKAN KETAKUTAN KITA,
TETAPI MEMBANGKITKAN KEYAKINAN KITA

DIA MELIHAT KEKHAWATIRAN KTA
TETAPI MEMBEBASKAN JIWA KITA..

DIA MENGENAL KETIDAKMAMPUAN KITA
TETAPI MEMBERI KITA KESEMPATAN..

DALAM DEKAPAN UKHUWWAH
SEGALANYA INDAH..


Syukran jazilan buat sahabat-sahabat jspians. Kalian memang terbaik. Alhamdulillah kemanisan mengenali kalianlah jawapan kepada hikmah ku ditakdirkan meneruskan pengajian di Um. Terima Kasih atas bantuan dan tunjuk ajar kepada diri ini yang terlalu banyak kelemahan dan kekurangan.. Ukhuwwah hingga ke syurga, InshaAllah.

Buat penasihat subjek Jalinan Masyarakat, Dr.Fadhilah serta Ketua Jabatan,Dr.Suhaili dan semua pensyarah-pensyarah yang turut membantu, tanpa kalian siapalah kami..



.
Terima kasih semua untuk pengalaman yang bernilai ini..  Kenangan Terindah~

#JSP TETAP BERSATU
#KASIH SAYANG DIJALIN UKHUWWAH TERPATRI..

3 comments:

pykah razak said...

wahhhh taniahhhh...sedap bacaa heheh

Unknown said...

maaf xde skill menulis..

QueAe said...

ini kak So cakap takde skill... thorbaik kot

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik