Sunday 31 May 2015

Aku tak tahu nak letak tajuk apa.


Assalamualaikum semua dan hai. Entahlah aku pon tak tahu la nak tulis apa walaupun aku pernah menjuarai pertandingan membuat esei 3500 patah perkataan masa sekolah rendah. Korang bayangkan lah masa sekolah rendah lagi aku dah boleh buat karangan panjang tu sampai jadi juara. Power bukan. Masa sekolah menengah bakat aku ni semakin hari semakin menghilang. Hilang ke mana tu aku tak tahu. Mungkin dia pergi ke Faisal Tehrani sebab tu Faisal Tehrani power menulis. Tapi aku tetap tabah melalui liku-liku hidup yang mendatang. Orang power lah katakan. Aku rasa cukup kot aku punya intro setakat ni.



manusia ini diciptakan berpasang-pasangan.

Tujuan aku menulis kat blog ni bukan apa, aku cuma cerita sedikit sebanyak pasal program jm dan nak menyanggah semua perkara-perkara dusta lagi ujub yang terdapat dalam entry-entry yang sebelum ni. Alah yang kata dia manis lah, tinggi lah, cute lah, fotogenik lah dan apa-apa lah sebelum perkara ni menjadi lebih serius (tak semua entry yang macam tu) kita kena cegah siap-siap. Korang bukan tak tahu mencegah itu lebih baik daripada merawat. Entah apa-apa tulis entry tapi nak up kan diri sendiri.kahkah. Semoga kita dilindungi Allah daripada sifat sebegini. Amin. Tapi yang tulis panjang-panjang penuh hikmah tu aku tabik la walaupun aku tak tahu apa dia tulis sebab aku tak baca lagi. Itu jelah sanggahan yang aku nak buat. 

saya cute bukan?


Berbalik kepada program jm ni aku telah diletakkan dalam biro pengisian. Entah macam mana diorang boleh pilih aku, aku pon kurang pasti. Nak jadi biro pengisian payah jugak sebenarnya. Ko kena ada banyak idea dan banyak pengalaman itu paling penting. Tapi malangnya kedua-dua benda tu takda dekat aku. Punya lah aku bertungkus lumus pikir idea apa yang aku nak sumbangkan untuk diisi masa program tu nanti. Hasilnya, aku pon tak tahu apa hasil dia. Masa program memang banyak benda menarik yang berlaku. Antaranya, aku tanya adik-adik siapa nama guru sultan Muhammad Al-Fateh pastu ada sorang budak slamber jawab hadis riwayat Ahmad. Aku nak gelak pon rasa kesian tapi takpa dia konfiden tapi semua soalan dia nak jawab. Masa penutup ada pulak budak bergaduh. Budak botak gaduh dengan kawan dia yang sedikit gelap. Dia sound kawan dia tu kau dah la hitam kuat-kuat. Nasib baik budak yang sedikit gelap tu tak balas. Kalau tak haru-biru jadinya. Adik-adik perempuan pulak macam biasalah pantang nampak lelaki hensem sikit macam aku ni mula nak lah mengorat.kahkah. Nasib baik aku cakap aku dah "_____" . Terpaksa depa semua batalkan niat nak mengorat aku.  Macam-macam hal budak-budak ni. Tapi sebenarnya budak-budak ni banyak mengajar kitaorang. Buat kerja sama-sama, dapat tengok perangai masing-masing macam mana dan banyak lagi aku malas nak tulis. Setakat ni je coretan aku.


MAMPUS KAU DIKOYAK-KOYAK RINDU

milik siapakah diriku ini.



awak ni lawak lah,hiks



jangan terkeliru dengan ketinggian.


The Rock!

Hiks!



Suspek kes gaduh ada dikalangan mereka.


bukan perempuan namanya kalau tak selfie.


hmm..no komen.


sebelum kejadian bolehlah buat muka macam ni.


hasil tarbiyah cikgu nasa kumpulan ghazali menjadi kumpulan terbaik program.

tidur dan sentiasa tidur.hiks!


usha gapo dio?bo staro demo

romeo





Lakaran Kenangan

Kamarul Akmal bin Ariffin (bulan penuh)

Assalamualaikum w.b.t

Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari pulau mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.




Alhamdulillah..aku masih diberi kekuatan untuk menghirup udara di muka bumi ini..di kesempatan ini aku cuba gagahi tanganku untuk menari-nari di atas papan kekunci laptopku. Ini tak lain dan tak bukan untuk berkongsi rasa hati  dan pengalaman  di sepanjang program MAFATIHUL MAHABBAH 2015.

Sem 2 adalah pertama kali aku dan rakan2 ku dari jsp akan digandingkan bersama untuk menjalankan satu program dalam subjek yang dnmakan jalinan msyarakat..pada mulanya diri ini bukanlah minat sgt untuk berprogram.. tp semasa pertama kali meeting jm dijalankan pengarah kami telah mncdgkan untuk membuat program motivasi dengan anak yatim. tiba2 hati ini rse trtarik untuk menyertainya sebab sebelom ni tidak pernah lg mnjlankan program bersama golongan ini. disini aku telah merasakan satu kelainan tntg program yg bakal dijalankan. Alhamdulilah.. di saat kaki melangkah masuk ke perkarangan kompleks darul kifayah, ku cuba ikhlaskan hati untuk mendapat keredhaan Ilahi.

pada hari pertama semasa sesi pndaftaran, aku berada brsama mereka yang mana ketika itu kerja ku ialah mgambil gambar...dari lensa kamera ak dapat merasa kan kegembiraan mereka kerana masih wujud lg insan yang mahu mengambil berat dan mengadakan program bersama mereka.
Yang paling tidak dpat aku lupakan adalah disaat slot memperknalkan fasi dijalankan. disini aku dapat melihat pelbagai gelagat yang telah dilakukan oleh adik2 darul kifayah...yang mana ad yg cuba mghafal nme2 abg n akak fasi...ad yg mncatit nme2 fasi n wrna baju fasi tersebut dan ad juga diantara adik2 laki yg bergaduh sbb berlaku salah faham dgn name akak fasi...hahaa...aku hanya mengukir seyuman dengan telatah mereka.




pada hari kedua n ketiga adalah sesi bersama adik2, dan aku telah ditugaskan menjadi pembantu fasi kepada sahabat ku abdul razak..semasa dlam kumpulan, aku dan sahabatku cbe untuk berinteraksi dengan adik2 ini dengan sebaik mgkn...adik2 kumpulanku memang thorbaik sbbnya mereka sangat sempoi dan tiada yang segan melampau..

Sedikit nukilan apa yg aku dapat dari program mafatihul mahabbah ini (mama) ialah yang pertama kita merupakan orang yg beruntung kerana masih mempunyai ibubapa. Kita seharusnya bersyukur diatas nikmat yang kita ada dan kita mestilah salalu ingat akan orang yang tidak senasib dgn kita...yang kduanya aku puji sikap kerjasama yg ditunjukkan oleh semua ajk merangkap sahabt aku dlam mejalankan program ini. Masing-masing tidak pernah lupa akan tanggungkawab mereka dan sentiasa membantu antara satu sama lain...




dengan ini aku nk megucapkn tahniah kepada rakan2 jsp kerana bg aku, kita sume telah menjalankn program mafatihul mahabbah ini dengan jayanya alhamdulilah..tak lupa juga ucapan terima kasih kepada para pensyarah yang terlibat khususnya penyelaras kami Dr. Fadillah dan ketua jabatan Dr. Suhaili.

Sekian sahaja nukilan dari anak nogori..mohon permisi mengundur diri..


wassalam..

Sedetik Bersama

Hasil nukilan Kamarul Amira bt. Muhammad Ariffin



bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya masih diberi ruang dan peluang untuk mencoret sedikit sebanyak luahan hati dan pengalaman sepanjang perjalanan program MAFATIHUL MAHABBAH 2015 (MAMA 2015).
.
.
Tipu rasanya hati ini andai saya menafikan bahawa saya tak terkesan dengan program ini. pengalaman yang sangat sangat saaaaangat seronok yang dapat saya rasa tak kira la sebelum ke, semasa ke ataupun selepas program. semuanya terbaikkkkk! tapi dalam happy pon ada sedihnya jugak..huhu..
hrmmmm..mesti semua tertanya-tanya kan, apa yang sedihnya?..betul tak?..jangan tipuuuu..tak baik..ALLAH marah.
ye laa..ye laa.. nk citer la ni..
sape yang tak sedih bila tak dapat nak join program ni sampai habis..kan? tapi nak buat camne keadaan kesihatan saya memaksa saya untuk balik ke kolej. jadi terpaksa la pulang awal dari tarikh yang sepatutnya. saya hanya sempat join program sehari je..kesian kan..tapi tak pe lah..macam yang Puteri cakap..hidup mesti happy,so,kita enjoy!
.
.
ok..sekarang ni kita tutup citer2 sedih.



haaa..walaupun sempat duduk sehari je di kompleks darul kifayah (ni tempat program kitorang la..hehe) tapi banyak pengalaman yang dapat. pengalaman bersama adik-adik yang kurang bernasib baik daripada kita sedikit sebanyak dapat memuhasabahkan diri untuk bersyukur khususnya saya sendiri dengan nikmat yang telah diberikan. alhamdulillah..

di samping tu juga, kegembiraan bersama kawan-kawan yang sedia membantu dikala ada kesusahan. semangat setiakawan dan semangat kerjasama yang sama-sama ditonjolkan membuatkan masing-masing mengenal antara satu sama lain. lagi indah andainya perhubungan itu kekal untuk selamanya...dan pengalaman di MALAM itu semestinya menjadi kenangan yang sentiasa mekar di fikiran saya dan kawan2 (aipp..jangan pikir bukan2 ea)..hihi

berbalik kepada adik2 kompleks darul kifayah, mereka sangat hebat. di sebalik muka yang riang dan tenang terlindung seribu satu rasa. mereka sangat tabah dengan kehidupan mereka. dalam usia yang begitu mentah, mereka sudah merasai keperitan hidup. insyaallah..adik2 permata yang akan bersinar suatu hari nanti.




alhamdulillah..program jalinan masyarakat ini berjalan dengan lancarnya meskipun ada sedikit masalah yang menghantui kitorang, tapi kitorang still dapat back up. bak kata orang tua2 (yang kt kampung saya la, yang kt kampung lain xtau ..hee) dorang cakap..tak syok satu2 majlis/program tu klau takde masalah..sebab masalah itu lah yang membuatkan program/majlis tu best..walaupun dalam kelam kabut kita akan sentiasa ingat peristiwa tu..betul tak??

di sini saya nk ucapkan ribuan terima kasih kepada semua sahabat yang terlibat dengan program MAFATIHUL MAHABBAH 2015 serta para pensyarah yang sentiasa memberi tunjuk ajar terutamanya penyelaras kami Dr. Fadillah dan ketua Jabatan Syariah dan Pengurusan, Dr. Suhaili. dan tidak lupa juga terima kasih kepada Jabatan Syariah dan Pengurusan di atas sumbangan yang diberi.




sampai di sini sahaja coletah saya..

akhir kata saya tinggalkan kalian dengan pantun..

bila menjemur papan panjang,
baik disusun tegak berdiri,
bila ada umur yang panjang,
insyaallah kita bersua lagi.

wassalam..


Sweet Momentos

By Syahmi Syahirah 




                                                                                       Suasana di Darul Kifayah

Saat pertama kali melangkahkan kaki di Darul Kifayah sungguh aku teruja. Dengan persekitarannya yang tenang, damai dan mengasyikkan sekaligus mengingatkan aku kembali tentang Nilam Puri yang pernah aku tinggalkan setahun yang lepas. Sungguh aku merindui biah seperti ini. Melihat kelatah adik - adik yang hyper aktif membuatkan kami, warga JSPians berkobar-kobar untuk berprogram di sana. Yeah !

Maka pada tanggal 8 Mei 2015 sehingga 10 Mei 2015 kami telah berprogram di sana. Pelbagai kenangan terindah yang telah kami cipta bersama adik - adik Darul Kifayah. Comel belaka adik- adik di sana. Dalam masa yang sama hati membisikkan sesuatu "dulu masa aku umur camni mesti aku pun comel juga" haha. Okay perasan.




                                                                             Bukti adik-adik Darul Kifayah comel

Di sana kami menggelarkan diri kami cikgu. Mula-mula rasa awkward la jugak. Kadang-kadang fasi yang tersyasyul panggil abang, kakak pun ada. Bila mana berhadapan dengan adik-adik rasa penat letih yang kami hadapi hilang serta merta. Kalau tak caya cuba lihat gambar di bawah.




                                                                      Haaa tengok ! cikgu-cikgu semangat ajar menari walaupun ada yang semput haha

Pejam celik pejam celik dah hari terakhir kami di sana. Sunguh pantas masa berlalu. Adik-adik dikehendaki menulis surat cinta untuk kami semua. Saat aku membaca surat cinta mereka hatiku rasa sedih kerana tidak dapat bersama-sama mereka buat kali terakhir disebabkan masalah tertentu. Maafkan cikgu adik-adik.  Nak tahu apa sebabnya? RAHSIA. Taknak cerita kat sini. Nanti korang gelak.



                                                                                                 Surat cinta

Banyak kenangan dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan di sana. Akhir kata, semoga adik-adik terus kuat menghadapi liku-liku kehidupan di luar sana. Gembira dapat bertemu adik-adik. InsyaAllah adik-adik akan sentiasa ada dalam doa cikgu. Semoga kita bertemu lagi. Keep in touch yaaa. Bye bye !

                                                                                       Bergambar bersama adik-adik


JSP Taught Me To Never Lose Hope



AHMAD SAIFUDDIN CHE ABDULLAH [BIRO DANA DAN SUMBANGAN]

Ni ambo {saya} (kanan) dengan Boss Dana & Sumbangan yang bergaya kat sebelah tu


Assalamualaikum...

Saturday 30 May 2015

Secangkir Kenangan

SITI NAJIHAH BINTI NOORY (NUR QAZRINA)

بسم الله الرحمن الرحيم

"Hidup ini macam kopi karamel. Ada pahit, ada manis. Tapi saya suka!"

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Ilmu lebih utama daripada harta. Sebab ilmu warisan para nabi adapun harta adalah warisan Qorun, Firaun dan lainnya. Ilmu lebih utama dari harta kerana ilmu itu menjaga kamu, berlainan pula dengan harta kerana kamulah yang menjaganya.(Ali bin Abi Thalib)

          Alhamdulillah masih diberi kesempatan dan dipanjangkan umur untuk bernafas sehingga ke hari ini. Mengenali sahabat-sahabat dalam Jabatan Syariah & Pengurusan adalah takdirNya. Sedar tak sedar, sudah 2 semester kami bersama. Pada kali ini kami ditugaskan untuk menjalankan satu program bersama dibawah subjek Jalinan Masyarakat.

"Inilah dia JSPians!"
Pohon kurma berbunga lebat,
Bunga dibawa di atas basikal,
Beringatlah kita wahai sahabat,
Hidup di dunia tiada yang kekal.

Wahai sahabat.. Tanpa kalian siapalah saya. Terima kasih untuk kenangan indah ini. Terima Kasih juga buat penasihat subjek Jalinan Masyarakat kami, Dr.Fadillah serta Ketua Jabatan, Dr.Suhaili dan semua pensyarah-pensyarah yang turut membantu dan memberi tunjuk ajar, tanpa kalian siapalah kami..

‘‘Ini adalah adik-adik Darul Kifayah yang dibawah tanggungjawabku’’

‘‘Hai..kami group Sumayyah. Kami Cuma nak pesan supaya cikgu-cikgu semua belajar bersungguh-sungguh kt UM nanti. Cikgu jangan lupa kami semua tau. Kami sayang cikgu... ‘‘Ya Allah,, bantulah hati cikgu kami ini memahami, menghayati, mensyukuri dan merasai keindahan takdirMu. Jadikanlah mereka hamba yang sebenar-benarnya hamba.’’

Tanpa sedar kami berbual agak lama. Dalam perbualan yang lama itu dapat kurasakan pilunya hati seorang saudaraku yang kuanggap sebagai adikku sendiri menerima dugaan sedemikian. Walaupun dia berusaha kuat menyembunyikannya namun ucapan kata yang terputus-putus membuatkan aku turut sebak walaupun dirinya sebenarnya kuat. Bersabarlah saudaraku.

Tatkala itu dalam sendumu yang berbaki, dengan mata merahmu yang membengkak, aku menekuni bicaramu penuh simpati. Gembiranya engkau ku terkesan merasa gembiranya inikan pula sakitnya engkau turut membuatku rasa sakit. Engkau bercerita pada Tuhanmu dihadapan mushaf agung penuh dengan esakan lemahnya seorang hamba pada Pencipta. Sedangkan aku merasa kasihan inikan pula Dia yang Maha Pengasih. 

Hinggalah satu saat, aku kisahkan padamu satu berita. Berita gembira kerana sebenarnya engkau kuat. Kuat untuk menghadapinya. Kesusahan dan kepayahan ini bukan tiada nilainya. Tuan mana yang tidak sayang pada ciptaannya? Tuhan mana yang tak sayangkan hambaNya. Namun kerana kasih dan sayangNya melebihi segala sesuatu Dia menyentuh engkau. Sabarlah saat diuji. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Sedangkan mereka yang terdahulu merindukan teguranNya.

Kesedihan itu hanya akan memadamkan api kekuatan, membunuh roh semangat dan membekukan jiwa. Sedangkan pemberi musibah itu memberikan wangian surga namun kita menafikannya. Betapa sayunya Allah saat diberikan bauan surga kita rabun mengatakan itu hanyalah khayalan. Bangkitlah menerima saudaraku.

Adikku, engkau perlu kuat. Jangan bersedih, selalulah mengingati Allah SWT. Setiap yang terjadi mungkin sangat baru bagi kita. Tetapi yakinlah inilah kehidupan. Nasihatku penuh kesyahduan.


Akhir kata, buat sahabat2 sekalian.. ‘‘ Aku gadis biasa.. yang tidak punya apa2.. masih bertatih mencari redha.. masih mentafsir mencari bahagia..tidak bergaya, tidak mesra kadangkala tidak peduli apa kata orang padaku, hidup bukan untuk buat orang suka kerana redha Allah bukan pada redhanya manusia.. jika Aku leka , tegurlah.. jika Aku lupa , ingatkanlah.. kerana Aku hanyalah gadis biasa.. tidak mungkin sempurna..’’

SEKIAN SAHAJA DARI SAYA..

Friendship is something that creates equality and mutuality, not a reward for finding equality or a way of intensifying existing mutuality.


WASSALAM J

Refleksi Program

(Noraizatul Anisa Razali) 

REFLEKSI
PROJEK JALINAN MASYARAKAT 2015
KASIH SAYANG DIJALIN, UKHUWWAH TERPATRI

Tarikh             : 08 – 10 Mei 2015
Hari                 : Jumaat-Ahad
Tempat            : Darul Kifayah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Sasaran            : 28 orang fasilitator dan 90 orang peserta

            Alhamdulillah. Dalam usaha memenuhi kehendak kursus Jalinan Masyarakat (GXEX1417), Jabatan Syariah dan Pengurusan semester 2 sesi 2014/2015 telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan program khidmat bakti di rumah anak-anak yatim. Sehubungan itu, pada 8 hingga 10 Mei 2015 yang lepas, kami telah menggalas cabaran dengan menganjurkan Projek Jalinan Masyarakat 2015 dengan Kerjasama Lajnah Jabatan Syariah Dan Pengurusan di Kompleks Darul Kifayah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Projek khidmat bakti ini telah disertai seramai 28 orang fasilitator  dan 90 orang peserta daripada murid tahun 5, 6 dan tingkatan 1 kompleks Darul Kifayah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.


            Pada hari pertama program iaitu hari Jumaat, program ini telah dimulakan dengan persiapan fasilitator mengumpul segala bahan yang diperlukan untuk cenderahati dan peralatan-peralatan program yang lain di Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya pada jam 3 petang. Unit protokol juga telah memberi taklimat kepada semua fasilitator untuk memahami perjalanan program dan mengingatkan mereka dengan tugas masing-masing.


            Pada jam 3.48 petang, semua fasilitator telah menaiki bas dan bertolak ke tempat program. Kami tiba di Darul Kifayah pada jam 4.26 petang dan disambut baik dari pihak Darul Kifayah. Semua fasilitator membantu proses penurunan barang daripada bas dan bergerak ke dewan untuk penyimpanan dan penyusunan barang. Setelah itu, fasilitator menunaikan solat asar secara berjemaah yang diimamkan oleh saudara Izzat Fahmi.


            Pada jam 5 petang, sebahagian fasilitator telah membuat persiapan pendaftaran dan perasmian pembukaan di dewan program. Selepas itu, semua fasilitator mengambil makanan di dewan makan seterusnya menunaikan solat maghrib secara berjemaah di surau. Pada jam 7.30 malam, sesi pendaftaran peserta telah dibuka dan fasilitator yang bertugas telah menyerahkan beg dan fail serta barang amanah kepada para peserta. Kemudian, para fasilitator telah menunaikan solat isya’ secara berjemaah bersama para peserta.


            Tepat jam 9 malam, majlis perasmian pembukaan telah diadakan dan dimulai dengan mengumumkan ketibaan VIP oleh pengerusi majlis iaitu saudara Nadzmin dan saudari Zawani, nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa seterusnya mendengar ucapan daripada wakil darul kifayah iaitu En Hafiz Yasin dan dirasmikan oleh Ketua Jabatan Syariah dan Pengurusan iaitu Dr Suhaili bin Sarif. Majlis ini telah berjalan dengan lancar tanpa tiada sebarang masalah dan gangguan yang tidak dingini.

            Seterusnya, selesai sesi majlis pembukaan perasmian, sesi pengenalan fasilitator telah diadakan tepat jam 10 malam. Sesi ini dilakukan bertujuan untuk beramah mesra bersama para peserta. Pemilihan ketua dan penolong juga telah dilakukan dalam kalangan peserta bagi memudahkan dan melancarkan lagi program yang akan dilakukan. Selepas itu, para peserta telah bersurai dan pulang berehat di kediaman masing-masing tetapi para fasilitator pula telah kembali ke dewan program untuk sesi pre-post moterm untuk hari pertama program.


            Pada hari kedua program, sesi qiamullail telah diadakan tepat jam 5 pagi yang diimamkan oleh saudara Nasaruddin. Antara solat sunat yang dilakukan adalah solat sunat taubat, tahajjud, hajat dan witir. Pada jam 6 pagi pula, solat Subuh telah ditunaikan secara berjemaah yang dimamkan oleh saudara Nik Aqil. Kemudian, pada jam 6.30 pagi, sesi kuliah subuh telah disampaikan oleh saudara Ahmad Mustaqim yang bertajuk ‘Nikmat dan Syukur’.  

Sesi Icebreaking (ikat kaki)

Sesi game puzzle

            Selepas sarapan pagi, sesi senamrobik telah dilakukan di dalam dewan yang diketuai oleh saudara Nadzmin. Pelbagai senaman dan pergerakan yang menarik telah dilakukan bersama para peserta. Kemudian sesi ice breaking dan aktiviti dalam kumpulan (ldk) iaitu game puzzle telah diadakan  pada jam 9 pagi. Sebanyak 10 kumpulan dan seramai 9 orang setiap kumpulan telah dibentuk dan dikendalikan seramai 28 orang failitator. Lagu tema juga iaitu lagu Realti Insan telah dinyanyikan semasa sesi ini berlangsung.



            Dalam masa yang sama, beberapa orang fasilitator yang diketuai oleh saudari Shafikah telah membuat mural. Tema mural ini adalah “Amanah, Tanggungjawab dan Disiplin”. Mural ini dapat disiapkan hanya dalam dua hari sahaja. Alhamdulillah pihak Darul Kifayah berpuas hati dan mendapat pujian dengan hasil kerja mereka.


            Pada jam 12.30 tengahari, para peserta dan fasiliator telah dihidangkan jamuan makanan tengahari dan berehat seketika. Kemudian, pada jam 1.30 petang, saudara Rusydi telah mengimankan solat Zohor di surau. Tepat jam 2 petang pula, para peserta dan fasilitator telah kembali ke dewan untuk sesi ldk yang berikutnya iaitu aktiviti Team Building (paku). Aktiviti ini telah dikendalikan oleh saudari Najihah dan saudari Aiza. Aktiviti ini juga telah berjalan secara santai dan para peserta amat mengemari aktiviti ini dan menerima respon yang baik dari para peserta.


            Pada jam 3.15 petang, pensyarah penasihat kami iaitu Dr Fadillah telah hadir bagi memantau pergerakan program ini. Kemudian, aktiviti ldk juga telah diteruskan lagi dengan aktiviti pergerakan dan nyanian. Tepat jam 5 petang, saudari Solehah dan saudari Athirah telah mengendalikan sesi ldk yang bertajuk “game aku ada kau ada?”. Permainan ini dilakukan bertujuan untuk menguji kerjasama antara peserta serta kebolehan masing-masing untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Peserta dibahagikan kepada tiga peranan iaitu si buta, si bisu dan si kudung. Si buta akan melukis mengikut pemahamannya apabila mendengar perkataan yang disebutkan oleh fasi. Si bisu akan menterjemahkan lukisan tersebut dan menyampaikannya kepada si kudung. Kumpulan dengan jawapan yang tepat dianggap berjaya.


Selepas selesai solat Maghrib secara berjemaah di surau, para peserta telah bergerak ke dewan untuk aktiviti berikutnya. Saudara Rusydi telah menayangkan video berkenaan dengan Sultan Muhammad Al-Fateh. Tujuan video ini adalah bertujuan melatih para peserta cara-cara merancang, melaksana, memimpin, bekerjasama dan mengambil  peranan secara aktif dalam kumpulan. Para peserta memberi tumpuan sepenuhnya terhadap video yang ditayangkan. Setelah itu, kami melakukan solat isya yang diimamkan oleh saudara Kamarul Akmal.


            Aktiviti berikutnya adalah aktiviti ldk yang bertajuk Hajarul Aswad yang diadakan pada jam 9 malam di luar dewan program. Diadaptasi daripada kerjasama ketua kabilah-kabilah Mekah bersama-sama membawa hajarul aswad, permainan ini menuntut kerjasama peserta untuk bergerak dalam kumpulan sambil membawa sebatang lilin yang menyala di atas selembar kertas mahjung. Peserta perlu mengelakkan kertas terbakar dan lilin terpadam. Permainan ini telah diketuai oleh saudara Zahid dan saudari Syahmi. Disebabkan permainan ini melibatkan api, para fasilitator telah mengawasi para peserta dengan penuh pengawasan agar tidak berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini. Namun demikian, para peserta amat menyukai permainan yang dilakukan ini.

            Selepas itu, biro makanan telah menyediakan supper kepada semua peserta dan juga fasilitator. Selepas itu, para peserta telah bersurai dan pulang berehat di kediaman masing-masing tetapi para fasilitator pula telah kembali ke dewan program untuk sesi pre-post moterm yang kedua untuk hari kedua program.


            Pada hari ketiga iaitu hari terakhir program, solat subuh telah diadakan di surau pada jam 6 pagi. Selepas menunaikan solat subuh, sesi Kuliah Subuh pula telah diadakan oleh saudara Kamarul Akmal yang bertajuk “Istighfar dan Taubat”. Selepas itu, peserta bersarapan di dewan makan.


            Pada jam 8.30 pagi, solat dhuha telah diadakan di surau. Setelah itu, saudari Athirah dan saudari Solehah telah melakukan ldk yang seterusnya iaitu permainan “Ya, Tidak atau Berkecuali. Cara permainan ini adalah fasi menanyakan soalan yang berkaitan kehidupan seharian peserta dan meminta agar mereka memilih jawapan sama ada ya, tidak atau berkecuali. Moderator memanggil peserta secara rawak dan bertanyakan alasan mereka memilih jawapan masing-masing. Moderator mengulas dan memberitahu nilai-nilai serta tindakan yang wajar dilakukan untuk setiap soalan.


            Tepat jam 12 tengahari, majlis perasmian penutup telah diadakan dan dimulai dengan mengumumkan ketibaan VIP oleh pengerusi majlis iaitu saudara Nadzmin dan saudari Zawani, nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa seterusnya mendengar ucapan daripada wakil darul kifayah iaitu Pn Laila dan dirasmikan oleh Pensyarah Penasihat Kursus program ini iaitu Dr Fadillah Binti Mansor. Selepas itu, sesi penyerahan cenderamata telah diberikan kepada setiap kumpulan mengikut kategori yang telah ditetapkan. Tayangan multimedia juga telah diadakan selama 10 minit dan diteruskan dengan persembahan daripada semua fasilitator dan diakhiri dengan sesi fotografi. Majlis perasmian ini telah berjalan dengan lancar tanpa tiada sebarang masalah dan gangguan.


            Selepas selesai majlis perasmian, para peserta berpeluang bersalam-salaman dengan para fasilitator ketika majlis perpisahan. Para fasilitator juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat tinggal dan memberi nasihat dan amanat serta kata-kata semangat terakhir kepada para peserta sebelum meninggalkan tempat program ini. Para peserta juga diminta untuk mengisi borang penilaian program ini untuk menilai dan memberi ulasan dan pandangan terhadap setiap program dan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tiga hari.

            Pada jam 1.30 petang, biro pengangkutan telah mengingatkan fasilitator untuk bersedia lebih awal sebelum waktu ketibaan bas dan biro protokol meminta kepada semua fasilitator untuk melakukan semakan barang-barang yang perlu dibawa pulang dalam senarai semak yang disedakan. Para fasilitator juga sempat mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan dewan sebelum pulang. Kemudian, kami menunaikan solat Zohor secara berjemaah di surau.

            Sehubungan itu, pada jam 4.30 petang, semua fasilitator bersedia dan bekerjasama membantu antara satu sama lain ketika proses memasukkan semua barang ke dalam bas. Pada jam 5 petang, kami tiba di Universiti Malaya. Para fasilitator berpuas hati dengan program yang telah dijalankan.



Secara keseluruhan, program ini telah mendapat penyertaan penuh oleh para fasilitator dan mencapai objektif seperti yang telah disasarkan secara tidak langsung impak dan kesan yang positif dalam mencapai matlamat memberi khidmat bakti kepada masyarakat dan negara bagi tujuan melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.  Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik