Friday 5 June 2015

special


ZAWANI BINTI ZAMRI
(Divisi Pengangkutan)

 Bismillah . Alhamdulillah diberi kekuatan ruang dan peluang untuk memberi sedikit respon berkaitan program yang telah sama-sama kita jalankan dengan jayanya. Alhamdulillah summa alhamdulillah :D 
Diletakkan di bawah divisi pengangkutan . I have  super duper awesome teammates ! thank you guys . Tak dapat disangkal lagi biro kami sangat function di bawah pimpinan Mustaqim dibantu hebat oleh Iezzat Fahmi dan dua adinda yang sangat manis orangnya faizah dan saya sendiri :)

Gerak kerja kami bermula seawal perjumpaan pertama perancangan program . Ya ! bukan satu kerja yang mudah bagi kami untuk mencari tempat yang sesuai dalam masa yang singkat kerana sememangnya aim kami mencari rumah anak yatim yang dihuni beratus anak-anak yatim . Namun dengan semangat juang kami yang tinggi (ecewahhhh)  akhirnya menemukan kami dengan sebuah kediaman Darul Kifayah. Bukan terhenti begitu sahaja gerak kerja kami kerana kami masih perlu berurusan dengan tempat-tempat yang lain sebagai awasan jika apa-apa berlaku. Mencari homestay untuk dihuni oleh para fasilitator perempuan , mencari pengangkutan untuk ke Darul Kifayah dan pengangkutan untuk ulang alik homestay ke Darul Kifayah juga merupakan  jobskop kami. 

terima kasih terima kasih kerana kalian sangat awesome !



belanja sikit gamba biro paling function ! ^_^

Bermula hari yang dinantikan untuk menyumbang bakti, berkongsi ilmu bersama adik-adik Darul Kifayah pada 8, 9 & 10 Mei . Macam biasa hatiku akan melonjak keterujaan, ketidaksabaran , keexcitedan kerana aku suka aktiviti dan program sebegini kerana di sini aku akan menemui kepuasan apabila dapat berkongsi dan aku pasti akan dapat sesuatu yang akan mengajar aku tentang kehidupan . 

Menjejakkan kaki di dewan bermulalah tugasanku yang lain.  aku ditugaskan sebagai pengacara majilis untuk perasmian majlis. Tentatif yang diubah dan permintaan agak last minute kepadaku kerana ketua jabatan kami berhasrat untuk hadir pada hari pertama program. aku menyambut baik permintaan pihak protokol. ya ! ia adalah satu pengalaman yang manis bagiku kerana dapat digandingkan dengan Nadzmin yang memang hero dalam bidang pengacaraan :p 
buat pengetahuan kalian, ini adalah kali pertama sebenarnya aku menjadi pengacara majlis. mungkin ada tapi bukanlah yang ikut betol2 form protokol . 

terima kasih protocolian ! kerana memberi kepercayaan untuk aku mencuba!
terima kasih melayan karenah MC . Ainatul , zahid & fitriyah :D


ecewahhhhhhh .  

Semasa program berlangsung, sebenarnya aku diberi jawatan lain iaitu timbalan kem komandan. Sebenarnya hati ini agak tawar hati menerima kerana aku dikecualikan dari menjadi fasi sedangkan itu passion yang memang tak boleh nak ditinggalkan. tapi aku tahu mereka telah memberi kepercayaan. why not i try? dan aku memahami dalam gerak kerja  untuk menolak satu jawatan itu agak mustahil . dan aku sangat appreciate usaha-usaha sahabat-sahabat yang bertungkus lumus untuk program ini.

tidak ku mahu bercerita panjang mengenai perkongsian yang kami lakukan bersama adik-adik. sahabat2 yg lain telah bercerita panjang lebar mengenai itu.
terpandang aku raut wajah mereka yang bersih yang pastinya suci hatinya.
walaupun di dalam hati ku yakin  ada sendu yang tak kelihatan . akak doakan adik-adik akan menyumbang sesuatu untuk ummah kerana akak yakin hati-hati adik telah dibina dengan jiwa dan semangat yang luar biasa yang suatu hari akan memberi manfaat kepada ummah dan negara.

tertariknya aku melihat ucapan yang diberikan untukkku.
walaupun aku tidak memegang dan bergaul dengan rapat dengan adik-adik, mereka masih mengingati dan mngetahui kewujudanku. 
terima kasih !

 



buat sahabat . mungkin ada terlanjur perkataan, perbuatan yang menyinggung perasaan,  terguris hati tidak semena-mena membenci diri . maafkan empunya diri . kerana dia insan biasa. insan tak terlepas dari khilaf dan dosa. insan yang alpa lagi hina . maafkan dia .

Tahniah untuk program yang berjaya ! tahniah untuk ukhuwah yang mantap dibina !

sekalung apresiasi buat  pendidik yang disayangi merangkap penasihat kami Dr.Fadillah bt Mansor atas tunjuk ajar, cadangan serta komen yang membina untuk kami terus maju ke hadapan .


kalian tahu apa yang aku belajar di sini .?
.................
"betapa erti syukur itu amat besar maknanya bagi mereka yang memahami" 

1 comment:

Unknown said...

where have all the boot boys gone ?

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik