Monday 1 June 2015

'Belajar bergerak,belajar meniarap, belajar merangkak, belajar bertatih, belajar berjalan, belajar berlari dan terus mara kehadapan. Memualakan  langkah tanpa menoleh ke belakang dan terus mencari arah seperti anak panah yang sentiasa mencari sasaran tepatnya. Langkah yang dicipta kadangkala begitu sumbang dan agak pincang.Tetapi dengan kekuatan yang ada, aku terus cuba membina satu persatu permulaan yang mana aku yakin satu hari nanti langkah ku itu menjadi kukuh dan tidak akan tercemar dengan anasir-anasir luar..... '

Inginku ucapkan Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang sudi singgah kat blog geng-geng kami ni.Haha,bakat terpendam yang lama tak diasah ni, mesti makin tumpul dah. Ibarat sebilah pisau yang karat dibiarkan tersimpan rapi dalam rumah yang using. 

Tapi apa boleh buat, kene menulis juga. Sekurang-kurangnya aku boleh imbas kembali prosa-prosa kata yang pernah aku guna mase sekolah dulu. Oh zaman lampau ku di alam persekolahan, menjelma lah engkau.
Ahhhhh ! haha

            Abaikan ayat merepek aku di atas. Tu sume hanyalah permulaan karanganku untuk kali ini. Alhamdulillah , rasa seronok dan berpuas hati bila mana team kami dapat selesaikan tugasan yang batch kami kene laksanakan.

Program Mafatihul Mahabbah di bawah subjek Jalinan Masyarakat jabatan kami iaitu Jabatan Syariah Pengurusan Tahun 1 sudah selamat dan berjaya dilangsungkan di Darul Kifayah, Gombak. Apa yang boleh aku gambarkan , kumpulan aku semangnya wauuuuu dan OSEM.haha.

Ok lah,aku akan ceritakan serba sedikit kesuluruhan program. Aku telah diletakkan dalam proksi atau biro Protokol. Entah macam mana lah terdetik hati pengarah Encik Syazwan bin Salehuddin atau nama pena die ‘Mr.Pio’ ni nak letakkan aku dalam biro protokol.

Belanja sikit gambar Mr.Pio kita

 Seperti yang anda semua maklum, biro protokol ni tugasan nya adalah untuk  memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar. Smooth camtu. Entah betul ke tak ejaan perkataan english tu.Haha.

Entah dan entahlah. diri sendiri pon hidup tak tersusun rapi, nak memastikan program berjalan lancar pulak, Haha. Lepas dapat tugasan tu, aku cuba paksa diri untuk berfikiran positif apa yang aku kene buat. 

Ya, dalam kehidupan kita ini yang memang pasti akan bertemu kematian,keterpaksaan itulah yang akan menjadikan diri kita mula menerima sesuatu perkara yang baharu Yang mana perkara baharu itu adalah satu proses pembelajaran untuk kita. Dan sudah pastilah anda akan pening membaca susunan ayat aku ini yang sangat terabur. Huhu

Dalam team protokol , aku dapat peluang bekerja dengan Ainatul yang mudah dipanggil Aina da juga Fitriyah. Selalunya, lelaki akan jadi ketua biro. Tapi, dalam hal ni, aku sengaja nak mengelak daripada jadi ketua. Haha.

 Bukan nak lepas tangan dan ambil jalan mudah, akan tetapi apa yang aku fikirkan ialah memberi peluang kepada sahabt lain untuk mengetuai jentera protocol ini. Sebab aku dah pernah dapat peluang jadi ketua protocol sebelum ini. Selain daripada tu , aku juga risau kalau tak dapat memberi komitmen yang sepenuhnya dan tak dapat penuhi hak-hak sahabat aku yang sepatutnya aku tunaikan.

Gimik yang sempat kami rancang sebab dah last minit.


Sejujurnya aku sangat berterima kasih kat dorang berdua ni sebab jadi partner team yang sangat rajin bekerja.Boleh dikatakan hampir semua keje bertulis dalam protokol ni,dorang yang buat. Sebab? sebab aku memang tak suka keje bertulis.

. Part keje yang aku kene buat pon, dorang push aku supaya siapkan. Kalau diorang tak desak aku untuk siapkan,memang tak kan siaplah keje aku. Terima kasih kawan satu kumpulan :) Jasamu dikenang.

Kalau aku nak cerita pengisian program, mesti korang dah banyak tau dari blog kawan-kawan aku yang lain. Jadi jom kita teruskan dengan cerita perjalanan keje kami selaku protokol program.
Mase buat master plan tu, memang lah leceh dan rumit nak detailkan setiap tentatif tu nak kene buat ape. Tapi aku minat lah jugak buat benda ni. Benda tu menjadikan kita lebih teliti dan cakna dengan apa yang berlaku, dan kita boleh latih diri supaya boleh menyesuaikan keadaan dengan keadaan sekeliling sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Tidak begitu ?


Tiba-tiba idea terputus pulak. Tak boleh nak teruskan cerita. Sebab nak selesaikan komitmen lain. Blog ni aku akan sambung kemudian lah. Semoga anda semua sudi-sudilah singgah menyinggah membaca blog-blog ahli geng kami yang sungguh osem !

Sorang ahli kami terlindung di belakang.Haha


kamilah pejuang-pejuang agama !!!!
kau tetap dalam doaku,wahai si beauty....


1 comment:

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik