احيكم بتحية اسلام تحية طيبة
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Di bawah pro-forma kursus Jalinan Masyarakat kelolaan SKET (Seksyen Ko-Kurikulum dan TITAS) Universiti Malaya, satu program berbentuk sumbangan komuniti akan dijalankan bagi memenuhi jam kredit pelajar dalam kursus. Program ini akan dirancang dan dijalankan sendiri oleh para pelajar dalam usaha melahirkan mahasiswa yang berkebolehan dan peka terhadap masyarakat.
Dalam usaha memenuhi objektif tersebut, Jabatan Syariah & Pengurusan (JSP), Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dengan tenaga penggerak seramai 28 orang pelajar tahun satu merancang untuk mengadakan sebuah program mesra anak yatim; Mafatihul Mahabbah (Pembukaan Cinta) atau akronimnya MAMA 2015. Idea ini tercetus atas kesedaran bahawa anak-anak yatim juga adalah satu bahagian daripada sebuah masyarakat. Mereka mempunyai hak untuk mendapat kasih sayang, penghormatan, pengiktirafan serta pendidikan yang sempurna seperti anak-anak yang masih punya ibu bapa. Mereka juga merupakan tunjang yang akan menggerakkan negara pada masa akan datang.
JSP berharap program ini dapat mencapai penanda aras yang ditetapkan dalam modul dan kertas kerja, disamping membantu mengasah kemahiran pelajar dalam merencana sesebuah aktiviti selaras dengan kebitaraan JSP iaitu pengurusan. Membawakan tema Kasih Sayang Terjalin, Ukhuwah Terpatri, siswa siswi JSP akan berusaha untuk melaksanakan program yang bermanfaat kepada semua pihak.
Blog ini diterbitkan sebagai satu wacana dan platform perhubungan kepada umum tentang perangkaan dan perkembangan semasa MAMA 2015. Kami dari pihak JSP amat mengalu-alukan sebarang pandangan atau perkongsian pembaca terhadap program yang bakal dijalankan.
Terima Kasih Atas Perhatian.
8 comments:
HAI
G double o d j o b goodjob2x, goodjob2x, goodjoooooobbbbbb~
hahahahah...
Hai sume
I'm not a robot
accept frend request ana plz yonggg
choi Razak k-pop betul Winter Sonata
krik krik
alhamdulillah program yang kita rancang , Allah permudahkan urusan kita. Terima kasih kepada Dr Fadilah dan semua pennsyarah kami yang Terima kasihbanyak memberi tunjuk ajar kepada kami. Kepada semua ahlijawatankuasa yang sama-sama bekerjasama kerja dalam satu kumpulan dalam melaksanakan program ini. Anda dah melakukan yang terbaik...semoga perhubungan kita dengan adik-adik Darul Kifayah sentiasa bersambungan.
Post a Comment