Kamarul Akmal bin Ariffin (bulan penuh)
Assalamualaikum w.b.t
Sirih
berlipat sirih pinang,
Sirih
dari pulau mutiara,
Pemanis
kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Alhamdulillah..aku masih diberi kekuatan untuk
menghirup udara di muka bumi ini..di kesempatan ini aku cuba gagahi tanganku
untuk menari-nari di atas papan kekunci laptopku. Ini tak lain dan tak bukan
untuk berkongsi rasa hati dan
pengalaman di sepanjang program
MAFATIHUL MAHABBAH 2015.
Sem 2 adalah pertama
kali aku dan rakan2 ku dari jsp akan digandingkan bersama untuk menjalankan
satu program dalam subjek yang dnmakan jalinan msyarakat..pada mulanya diri ini
bukanlah minat sgt untuk berprogram.. tp semasa pertama kali meeting jm
dijalankan pengarah kami telah mncdgkan untuk membuat program motivasi dengan
anak yatim. tiba2 hati ini rse trtarik untuk menyertainya sebab sebelom ni
tidak pernah lg mnjlankan program bersama golongan ini. disini aku telah merasakan
satu kelainan tntg program yg bakal dijalankan. Alhamdulilah.. di saat kaki
melangkah masuk ke perkarangan kompleks darul kifayah, ku cuba ikhlaskan hati
untuk mendapat keredhaan Ilahi.
pada hari pertama
semasa sesi pndaftaran, aku berada brsama mereka yang mana ketika itu kerja ku
ialah mgambil gambar...dari lensa kamera ak dapat merasa kan kegembiraan mereka
kerana masih wujud lg insan yang mahu mengambil berat dan mengadakan program
bersama mereka.
Yang paling tidak dpat
aku lupakan adalah disaat slot memperknalkan fasi dijalankan. disini aku dapat melihat
pelbagai gelagat yang telah dilakukan oleh adik2 darul kifayah...yang mana ad
yg cuba mghafal nme2 abg n akak fasi...ad yg mncatit nme2 fasi n wrna baju fasi
tersebut dan ad juga diantara adik2 laki yg bergaduh sbb berlaku salah faham
dgn name akak fasi...hahaa...aku hanya mengukir seyuman dengan telatah mereka.
pada hari kedua n ketiga
adalah sesi bersama adik2, dan aku telah ditugaskan menjadi pembantu fasi
kepada sahabat ku abdul razak..semasa dlam kumpulan, aku dan sahabatku cbe
untuk berinteraksi dengan adik2 ini dengan sebaik mgkn...adik2 kumpulanku memang
thorbaik sbbnya mereka sangat sempoi dan tiada yang segan melampau..
Sedikit nukilan apa yg aku dapat dari program
mafatihul mahabbah ini (mama) ialah yang pertama kita merupakan orang yg
beruntung kerana masih mempunyai ibubapa. Kita seharusnya bersyukur diatas
nikmat yang kita ada dan kita mestilah salalu ingat akan orang yang tidak
senasib dgn kita...yang kduanya aku puji sikap kerjasama yg ditunjukkan oleh semua
ajk merangkap sahabt aku dlam mejalankan program ini. Masing-masing tidak
pernah lupa akan tanggungkawab mereka dan sentiasa membantu antara satu sama
lain...
dengan ini aku nk megucapkn tahniah kepada
rakan2 jsp kerana bg aku, kita sume telah menjalankn program mafatihul mahabbah
ini dengan jayanya alhamdulilah..tak lupa juga ucapan terima kasih kepada para
pensyarah yang terlibat khususnya penyelaras kami Dr. Fadillah dan ketua
jabatan Dr. Suhaili.
Sekian sahaja nukilan dari anak nogori..mohon
permisi mengundur diri..
wassalam..
2 comments:
subhanallah.. terkenang kuliah subuh gituu
phuiii
Post a Comment