Coretan
al-fakir Sharifah Nur Solehah Syed Mohdi (SNSSM)
MAFATIHUL
MAHABBAH 2015
“Jalinan
Kasih Sayang Adik-adik Darul Kifayah dan sahabat JSP UM”
Bismillah Wal Alhamdulillah..
Saat
pertama kali menjejakkan kaki ke Darul Kifayah untuk survey, hati ini berbicara
“subhanaAllah hebat tempat ni”, suasana yang tenang dan mungkin kerana
penghuni-penghuninya sentiasa dekat dengan Pencipta membuatkan biah Darul
Kifayah ini sentiasa terjaga dan terpelihara. Tempatnya yang besar dan gah menyebabkan diri
ini rasa gelisah dan takut kerana memegang taklifat divisi pengisian
bukanlah suatu tugas yang mudah.. Namun berbekalkan prinsip BERSAMA ALLAH TIADA
JALAN BUNTU dan sedikit kekuatan yang ada pada diri, ku yakin tiada yang mustahil
bagi setiap hamba.
Alhamduillah
program dapat dijalankan dengan jayanya..
Terima kasih Allah kerana memberi peluang kepadaku mengenali adik-adik Darul
Kifayah yang semuanya hebat-hebat. Adik-Adik yang ku yakin bakal memimpin dunia
suatu masa nanti. Adik-adik yang bakal menempah kejayaan yang gemilang pada masa
hadapan. Mereka sentiasa mengukir senyuman walaupun ku yakin disebalik senyuman
itu ada derita yang xbisa dilafazkan. Pada umur yang sangat muda mereka
terpaksa berjauhan dengan ibubapa dan ada diantara mereka bergelar yatim piatu.
Namun sepanjang 3 hari berprogram bersama, tiada satu pun ungkapan keluhan yang
dipamerkan. Mereka adalah anugerah Allah yang sangat luar biasa. Terima kasih
adik-adik sayang, moga kita bisa bertemu lagi tidak di dunia inshaAllah di
syurga. Amin..
Nukilan
buat sahabat-sahabat jspians..
DALAM
DEKAPAN UKHUWWAH..
KITA
MERASAKAN KEHANGATAN SAHABAT
“DIA TAHU
KELEMAHAN KITA “- Kata William Arthur Wart,
TETAPI
MENUNJUKKAN KEKUATAN KITA,
DIA
MERASAKAN KETAKUTAN KITA,
TETAPI
MEMBANGKITKAN KEYAKINAN KITA
DIA MELIHAT
KEKHAWATIRAN KTA
TETAPI
MEMBEBASKAN JIWA KITA..
DIA
MENGENAL KETIDAKMAMPUAN KITA
TETAPI
MEMBERI KITA KESEMPATAN..
DALAM
DEKAPAN UKHUWWAH
SEGALANYA
INDAH..
Syukran jazilan buat sahabat-sahabat jspians. Kalian memang terbaik. Alhamdulillah kemanisan mengenali kalianlah jawapan kepada hikmah ku ditakdirkan meneruskan pengajian di Um. Terima Kasih atas bantuan dan tunjuk ajar kepada diri ini yang terlalu banyak kelemahan dan kekurangan.. Ukhuwwah hingga ke syurga, InshaAllah.
Buat
penasihat subjek Jalinan Masyarakat, Dr.Fadhilah serta Ketua Jabatan,Dr.Suhaili
dan semua pensyarah-pensyarah yang turut membantu, tanpa kalian siapalah
kami..
.
Terima
kasih semua untuk pengalaman yang bernilai ini.. Kenangan Terindah~
#JSP TETAP BERSATU
#KASIH SAYANG DIJALIN UKHUWWAH
TERPATRI..
3 comments:
wahhhh taniahhhh...sedap bacaa heheh
maaf xde skill menulis..
ini kak So cakap takde skill... thorbaik kot
Post a Comment