'Belajar bergerak,belajar meniarap, belajar merangkak, belajar bertatih, belajar berjalan, belajar berlari dan terus mara kehadapan. Memualakan langkah tanpa menoleh ke belakang dan terus mencari arah seperti anak panah yang sentiasa mencari sasaran tepatnya. Langkah yang dicipta kadangkala begitu sumbang dan agak pincang.Tetapi dengan kekuatan yang ada, aku terus cuba membina satu persatu permulaan yang mana aku yakin satu hari nanti langkah ku itu menjadi kukuh dan tidak akan tercemar dengan anasir-anasir luar..... '
Inginku ucapkan Assalamualaikum dan selamat
sejahtera kepada semua yang sudi singgah kat blog geng-geng kami ni.Haha,bakat
terpendam yang lama tak diasah ni, mesti makin tumpul dah. Ibarat sebilah pisau
yang karat dibiarkan tersimpan rapi dalam rumah yang using.
Tapi apa boleh
buat, kene menulis juga. Sekurang-kurangnya aku boleh imbas kembali prosa-prosa
kata yang pernah aku guna mase sekolah dulu. Oh zaman lampau ku di alam
persekolahan, menjelma lah engkau.
Ahhhhh ! haha
Abaikan ayat merepek aku di atas. Tu sume hanyalah permulaan karanganku untuk kali ini. Alhamdulillah , rasa seronok dan berpuas hati bila mana team kami dapat selesaikan tugasan yang batch kami kene laksanakan.
Ahhhhh ! haha
Abaikan ayat merepek aku di atas. Tu sume hanyalah permulaan karanganku untuk kali ini. Alhamdulillah , rasa seronok dan berpuas hati bila mana team kami dapat selesaikan tugasan yang batch kami kene laksanakan.
Program Mafatihul Mahabbah di bawah subjek Jalinan Masyarakat jabatan kami iaitu Jabatan Syariah Pengurusan Tahun 1 sudah selamat dan berjaya dilangsungkan di Darul Kifayah, Gombak. Apa yang boleh aku gambarkan , kumpulan aku semangnya wauuuuu dan OSEM.haha.
Ok lah,aku akan ceritakan serba sedikit
kesuluruhan program. Aku telah diletakkan dalam proksi atau biro Protokol.
Entah macam mana lah terdetik hati pengarah Encik Syazwan bin Salehuddin atau
nama pena die ‘Mr.Pio’ ni nak letakkan aku dalam biro protokol.
Belanja sikit gambar Mr.Pio kita
Seperti yang
anda semua maklum, biro protokol ni tugasan nya adalah untuk memastikan perjalanan program berjalan dengan
lancar. Smooth camtu. Entah betul ke tak ejaan perkataan english tu.Haha.
Entah dan entahlah. diri sendiri pon hidup
tak tersusun rapi, nak memastikan program berjalan lancar pulak, Haha. Lepas
dapat tugasan tu, aku cuba paksa diri untuk berfikiran positif apa yang aku
kene buat.
Ya, dalam kehidupan kita ini yang memang pasti akan bertemu kematian,keterpaksaan
itulah yang akan menjadikan diri kita mula menerima sesuatu perkara yang baharu
Yang mana perkara baharu itu adalah satu proses pembelajaran untuk kita. Dan
sudah pastilah anda akan pening membaca susunan ayat aku ini yang sangat
terabur. Huhu
Dalam team protokol , aku dapat peluang
bekerja dengan Ainatul yang mudah dipanggil Aina da juga Fitriyah. Selalunya,
lelaki akan jadi ketua biro. Tapi, dalam hal ni, aku sengaja nak mengelak
daripada jadi ketua. Haha.
Bukan nak lepas tangan dan ambil jalan mudah, akan
tetapi apa yang aku fikirkan ialah memberi peluang kepada sahabt lain untuk
mengetuai jentera protocol ini. Sebab aku dah pernah dapat peluang jadi ketua protocol
sebelum ini. Selain daripada tu , aku juga risau kalau tak dapat memberi
komitmen yang sepenuhnya dan tak dapat penuhi hak-hak sahabat aku yang sepatutnya
aku tunaikan.
Gimik yang sempat kami rancang sebab dah last minit.
Sejujurnya aku sangat berterima kasih kat
dorang berdua ni sebab jadi partner team yang sangat rajin bekerja.Boleh
dikatakan hampir semua keje bertulis dalam protokol ni,dorang yang buat. Sebab?
sebab aku memang tak suka keje bertulis.
. Part keje yang aku kene buat pon,
dorang push aku supaya siapkan. Kalau diorang tak desak aku untuk siapkan,memang
tak kan siaplah keje aku. Terima kasih kawan satu kumpulan :) Jasamu
dikenang.
Kalau aku nak
cerita pengisian program, mesti korang dah banyak tau dari blog kawan-kawan aku
yang lain. Jadi jom kita teruskan dengan cerita perjalanan keje kami selaku protokol
program.
Mase buat master plan tu, memang lah leceh
dan rumit nak detailkan setiap tentatif tu nak kene buat ape. Tapi aku minat
lah jugak buat benda ni. Benda tu menjadikan kita lebih teliti dan cakna dengan
apa yang berlaku, dan kita boleh latih diri supaya boleh menyesuaikan keadaan
dengan keadaan sekeliling sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Tidak
begitu ?
Tiba-tiba idea terputus pulak. Tak boleh nak
teruskan cerita. Sebab nak selesaikan komitmen lain. Blog ni aku akan sambung
kemudian lah. Semoga anda semua sudi-sudilah singgah menyinggah membaca blog-blog
ahli geng kami yang sungguh osem !
Sorang ahli kami terlindung di belakang.Haha
kamilah pejuang-pejuang agama !!!!
kau tetap dalam doaku,wahai si beauty....
1 comment:
zahid shomel
Post a Comment